Wednesday, August 4, 2010

Datuk Dr. Denison Jayasooria melawat Mesyuarat Pusat PKMB Gombak

15 Jun 2010 – Program Kewangan Mikro Bandar, Amanah Ikhtiar Malaysia (PKMB) telah menerima lawatan daripada Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Kabinet bagi mengenal pasti dan memantau penyertaan masyarakat India dalam program dan projek-projek kerajaan. Lawatan ini diketuai oleh Datuk Dr. Denison Jayasooria selaku Setiausaha Jawatankuasa Kabinet. Lawatan ini telah diadakan di Pusat Sinar Gemilang, tempat beribadat Selvi Santosam Sentul, Kuala Lumpur.
Dalam lawatan ini, delegasi lawatan dapat menyaksikan perjalanan Mesyuarat Pusat Sinar Gemilang yang majoritinya Sahabat kaum India iaitu 29 orang dan seorang Sahabat kaum Melayu. Sinar Gemilang merupakan pusat di bawah seliaan Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB) Cawangan Gombak. Setelah selesai Mesyuarat Pusat, delegasi lawatan diberikan taklimat berkaitan operasi AIM di peringkat lapangan oleh Pengarah PKMB, En Che Mahdi Idris.
Delegasi lawatan turut mendapatkan maklum balas daripada Sahabat AIM di pusat ini mengenai maklumat pencapaian dan perkembangan Sahabat setelah mengikuti program pembiayaan kredit mikro ini. Pada sesi akhir lawatan, delegasi lawatan telah dibawa melawat beberapa projek yang diusahakan oleh Sahabat AIM, antaranya projek jualan pakaian dan makanan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Rasmi Program e-Kasih

Ahad, 2 hb Ogos 2010 Perkarangan Masjid India, Kuala Lumpur Program e-Kasih anjuran Persatuan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) dengan kerjasama DBKL,ICU-JPM,MAIWP,AIM telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar YB Datuk M.Saravanan. Majlis ini diadakan bersama peserta golongan India muslim yang berdaftar atau belum dengan data ICU (E-Kasih) seramai 100 orang. Taklimat ringkas diberi oleh En.Saad Ishak Pen.Pengarah Unit Komunikasi Korporat(UKK). Dalam program tersebut Cawangan PKMB Gombak diamanahkan membuka kuanter pameran memandangkan kawasan tersebut di bawah PKP Blok Puah yang meliputi Chow Kit,Kg Baru,Pekeliling,Medan MARA dan sekitarnya.
PKMB Gombak diwakili PPC Firdaus , PPC Abdullah Sani dan semua kakitangan cawangan telah memberi penerangan penggalakan kepada peserta E-Kasih yang hadir selepas perasmian program. Kuanter AIM juga mendapat sambutan menggalakkan bukan saja dari peserta india muslim tetapi dari pengunjung-pengunjung yang membeli belah di sekitar jalan masjid india. Pihak PKMB Cawangan Gombak mengucapkan jutaan terima kasih kepada UKK yang memberi kepercayaan untuk membuka kuanter PKMB AIM dan tidak juga lupa kepada Presiden Kebangsaan GEPIMA En.Syed Osman Mohamed memberi kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.Tahniah dari webmaster semoga dengan support dari pelbagai agensi spt ini digunakan sebaik mungkin untuk FC 2010.

Tuesday, August 3, 2010

KARNIVAL USAHAWAN BLOK SENTUL

Sabtu 31 Julai 2010, Dataran PPR Sri Perak, Sentul, Kuala Lumpur berlangsungnya satu Karnival Usahawan Peringkat Blok Sentul dengan kerjasama Persatuan Penduduk Sri Perak, DBKL.Program ini dirasmikan Oleh En.Firdaus Md.Isa ,Pen.Pengurus Cawangan Gombak. Beliau mewakili Pengarah Program Kewangan Mikro Bandar, En.Che Mahdi Idris tidak dapat hadir kerana menghadiri Mesyuarat LPS di Kota Bharu. Walaupun tanpa kehadiran tuan pengarah PKMB, program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan baik daripada penduduk PPR Sri Perak lebih kurang 200 orang yang hadir bagi memeriahkan karnival. Agenda program diserikan dengan acara senamrobik, cabutan bertuah,mewarna,tarik tali dan sukaneka. Terdapat 30 gerai mengambil bahagian dengan pelbagai jualan seperti makanan, pakaian, kraftangan dan lain-lain.
Objektif utama Karnival Usahawan ini dijalankan adalah untuk menarik lebih ramai golongan sasaran PKMB menyertai AIM dengan pelbagai aktiviti blok disamping mengeratkan tali siratulrahim dikalangan sahabat dan kakitangan khususnya kakitangan PKMB Gombak. Melalui program ini sahabat juga dapat menjana pendapatan ekonomi melalui gerai jualan. Pihak Persatuan Penduduk Sri Perak diketuai En.Jumat Ishak mencadangkan kepada Ketua blok Pn.Siti Zaibidah dan AJK program supaya karnival ini menjadi acara tahunan di PPR Sri Perak. Pihak cawangan PKMB Gombak mengucapkan tahniah kepada AJK program Blok Sentul di bawah seliaan PA Amreey kerana berjaya menganjurkan karnival ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada Pengarah PKMB En.Che Mahdi Idris dan Pegawai Rancangan Pn.Rosmini Yaacob yang memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung sehingga berjaya dilaksanakan.Webmaster mengucapkan tahniah diatas karnival ini.

SAMBUTAN HARI IBU PKMB GOMBAK

Taman Koperasi Polis,Gombak.Khamis 8hb. Jun 2010,berlangsungnya satu program anjuran Pusat Radhatul Sakinah cawangan PKMB Gombak dengan kerjasama Persatuan Penduduk Koperasi Polis mengadakan sambutan Hari Ibu 2010 di dewan Komuniti Tmn tersebut berjalan dengan meriahnya. Perasmian oleh wakil Jabatan Perpaduan Negara. Dalam program itu dihadiri semua sahabat pusat, kakitangan cawangan Gombak dan penduduk setempat. Pelbagai acara diadakan seperti cabutan bertuah, persembahan,anugerah ibu dan ulang tahun kali 1 penubuhan Pusat Radhatul Sakinah Blok Batu iatu dibawah seliaan Encik Mohd Zuriame.
Acara ini dapat mengeratkan tali siratulrahim dikalangan sahabat,penduduk dan kakitangan AIM Gombak. Malah juga memberi peluang kepada penduduk Tmn Koperasi Polis mengenal lebih rapat Program Kewangan Mikro Bandar. Turuk hadir pengasas Ramle burger,Dato Ramle dan ketua blok Batu Pn.Zainon. Pihak webmaster mengucapkan tahniah kpd seluruh warga kerja PKMB Gombak diatas program yg dianjurkan ini.

Monday, January 18, 2010

Bengel Human Resource PKMB Wilayah Kuala Lumpur

10-11hb.Disember 2009 berlangsungnya Bengkel HR PKMB Wilayah Kuala Lumpur.Bengkel ini dirasmikan oleh Penolong Pengarah Perjawatan AIM,Encik Yaacob Omar.Dalam ucaptama beliau memaklumkan bahawa Wilayah PKMB merupakan Wilayah terakhir yg menganjurkan bengkel HR selepas Wilayah Sabah 1.Beliau juga memaklumkan bahawa mulai 1hb.Jan 2010 semua Wilayah AIM akan mengguna pakai sistem HR online bagi semua urusan cuti dan maklumat kakitangannya termasuk Claim.Harapan beliau agar semua peserta bengkel yang terdiri dari Pengurus Cawangan dan Pembantu Amanah Sistem serta kakitangan Wilayah PKMB agar memanfaatkan bengkel ini untuk mempastikan apa yang dipelajari di sini dapat diadaptasikan kpd semua kakitangan cawangan dan wilayah PKMB agar tidak menimbulkan sebarang masalah.Beliau juga memaklumkan bahawa ini merupakan bengkel HR pertama yg sempat dihadiri oleh beliau kerana kesuntukan masa.Beliau juga sempat mengumumkan tarikh kemasukan baki bonus kpd semua kakitangan AIM pada keesokan hari iaitu 10.12.2009.Dengan lafaz bismillahirormanirrohim beliau merasmikan Bengkel HR PKMB 2009.Pihak Blogger ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kpd Encik Yaacob Omar dan juga tenaga pengajar iaitu Puan Hasliza Ghazali dan Cik Hajjah Rohiyana kerana bertungkus lumus dalam menjayakan bengkel HR PKMB. Galeri>>>

Friday, November 20, 2009

Program Idul Fitri PKMB Alor Star

Alor Star, 1hb.Okt 2009.Walaupun sambutan Idul fitri semakin reda dan bahangnya kian berkurangan PKMB Alor Star tetap mengadakan rumah terbuka bagi meraikan sahabat mereka.Seramai 300 orang telah hadir termasuk suami dan anak-anak sahabat.Program ini dirasmikan oleh YB.En Mohd Nasir Bin Mustafa,ADUN Kubang Rotan.Acara Kemuncak ialah memotong pulut kuning sebagai satu simbolik perasmian.
Dalam Ucapan aluan oleh Pengarah PKMB,En Che Mahdi Idris memaklumkan bahawa Skim Mikro Bandar ialah produk baru AIM untuk golongan sasaran yang berpendapatan RM 2000 kebawah .Peruntukan dana yg besar oleh Kementerian Kewangan menunjukkan satu kepercayaan kpd AIM untuk mengurangkan kemiskinan warga kota dan warga miskin dibandar2 besar di Semenenanjung Malaysia.Beliau juga berharap agar PKMB dapat memberikan kpd golongan yang benar2 berkelayakan dalam usaha untuk melahirkan usahawan melalui Skim Mikro Bandar Program Kewangan Mikro Bandar.Pihak blogger ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung tahniah kpd semua pihak yg terlibat dalam menjayakan program ini.Semoga program sebegini menjadi contoh kpd cawangan2 PKMB lain.Untuk gambar program <<<Galeri>>>

Monday, September 28, 2009

PA NorZuraidah Ahmad PKMB Ipoh Kemalangan Jalan Raya

Serdang 18hb.sept 2009,Kakitangan PKMB Ipoh Nor Zuraidah Ahmad telah mengalami kemalangan semasa hendak pulang berhari raya di kampungnya di Baling Kedah.Kemalangan berlaku di Jalan Serdang - Kulim pada jam 5:00 petang.Motorsikal yg ditunggangi oleh beliau bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan.Beliau yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Parit Buntar dan seterusnya di rujuk ke Hospital Taiping.Sehingga kini beliau masih koma dan dirawat di ICU Hospital Taiping,Perak.Pihak blogger dan PKMB Induk ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga beliau diatas musibah yg melanda Nor Zuraidah.Didoakan agar cepat sembuh.Kepada kakitangan yang ingin menghulurkan derma sila berhubung terus dengan PKMB Induk.