Tuesday, August 3, 2010

KARNIVAL USAHAWAN BLOK SENTUL

Sabtu 31 Julai 2010, Dataran PPR Sri Perak, Sentul, Kuala Lumpur berlangsungnya satu Karnival Usahawan Peringkat Blok Sentul dengan kerjasama Persatuan Penduduk Sri Perak, DBKL.Program ini dirasmikan Oleh En.Firdaus Md.Isa ,Pen.Pengurus Cawangan Gombak. Beliau mewakili Pengarah Program Kewangan Mikro Bandar, En.Che Mahdi Idris tidak dapat hadir kerana menghadiri Mesyuarat LPS di Kota Bharu. Walaupun tanpa kehadiran tuan pengarah PKMB, program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan baik daripada penduduk PPR Sri Perak lebih kurang 200 orang yang hadir bagi memeriahkan karnival. Agenda program diserikan dengan acara senamrobik, cabutan bertuah,mewarna,tarik tali dan sukaneka. Terdapat 30 gerai mengambil bahagian dengan pelbagai jualan seperti makanan, pakaian, kraftangan dan lain-lain.
Objektif utama Karnival Usahawan ini dijalankan adalah untuk menarik lebih ramai golongan sasaran PKMB menyertai AIM dengan pelbagai aktiviti blok disamping mengeratkan tali siratulrahim dikalangan sahabat dan kakitangan khususnya kakitangan PKMB Gombak. Melalui program ini sahabat juga dapat menjana pendapatan ekonomi melalui gerai jualan. Pihak Persatuan Penduduk Sri Perak diketuai En.Jumat Ishak mencadangkan kepada Ketua blok Pn.Siti Zaibidah dan AJK program supaya karnival ini menjadi acara tahunan di PPR Sri Perak. Pihak cawangan PKMB Gombak mengucapkan tahniah kepada AJK program Blok Sentul di bawah seliaan PA Amreey kerana berjaya menganjurkan karnival ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada Pengarah PKMB En.Che Mahdi Idris dan Pegawai Rancangan Pn.Rosmini Yaacob yang memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung sehingga berjaya dilaksanakan.Webmaster mengucapkan tahniah diatas karnival ini.

No comments:

Post a Comment